Friday, April 22, 2011

jage diri leklok time time nak exam nie ...

assalamualaikum n hye u alls..

time tuk rehatkan minda kejap dengan blog.
tapi tak sempat lagi nak berblogwalking,,
minggu depan da abes exam saya jalan jalan kat blog
kamu yang singgah blog saya k.

nie citer minggu lepas da. tapi melarat lak sampai minggu nie
aritu saya ader pegi hospital teman hosemate ziarah member
sekolah dye deman panas.

nk jadikan cite la. time duk tengok tengok pesakit tu.
saya ader rase cam tak kene jep kat diri saya time tuh.
mula mula tuh rase panas jep seluruh badan.
berpeluh peluh.
pastu sampai dada.
rase cam nak sesak nafas jep.
terus g kuar cepat cepat kuar
time jalan tuh mate da blur da. men hentam je jalan.
rase cam kaki da tak berpijak di bumi yang nyata da.
nasib la time tu kerusi ader kat luar.
terus je duduk.
pejam mate. bile da ok sket masuk balik dalam wad tu.

tanyer hosemate saya
  'ader perubahan pape tak kat muke aku'.
pastu dye cakap
'ader duduk la lu yuni kang mu lak duk ats katil nie kang'
saya cakap.
'xdok naper r ok je nie'
pastu g kuar balik.

malam tuh saya col la kat mak saya.
saje cakap suh doakan ank dye nie kan nak exam da.
time nak exam baru ingat mak.
hehehe.
pastu terus selit selit tanye.
'ma orang darah rendah camne???'
ma saya cakap.
orang darah rendah rase cam nk pengsan,
gelap mate.
nape ley jadi gitu erk ma??
makan tak betul la tu, time lapo betul2 baru nak makan,
tak minum air mineral. 


semua ader je kat hang ye yuni.

nasib baek la dapat hosemate yang banyak petua2 bab kesihatan nie,
terutame teman rapat saya dari sem1 sampai sem 6.
nik n aten,
dye cakap orang darah rendah nie, kene tambah darah.
lau nak tambah darah makan la organ dalaman ayam.
cam hati ayam, kerang pon ley tambah darah gak..

p/s::jadi kene ingat la pasnie. kene makan cukup2, rehat cukup2, nanti nak study xder masalah,










Monday, April 18, 2011

peperangan bermula


Hari nie da start da final exam. Baru jep abes kul 4.15 ptg td.
 Tinggal lg 5 paper.
ary rabu dan ary khamis. harap2 soklan dye xsusah mcm soklan td.
soklan tadi susah sangt, xmacam aper yg kiteorng spot.
da la start sem nie soalan exam tuk politeknik 
selaras. sume politeknik akan jwb soklan yang same dan waktu yang same.
tadi sedey sngat2 tak penah xley jawb, sampai nanges.
tapi ary nie da berlaku da.
dah la xdan nk check jawapan. mase tak cukup. hukhukhuk ..
sedey nye Ya ALLAH.. 
skang ley tawakal jep .. usaha usaha da..
skang perlu berusaha kuat lg tuk paper len ..
chayok2 ayuni boley..

dan jangan
-
-
-
tak cukup mase lg ...


YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSANKU,MURAHKANLAH REZEKI KU, 
KUATKAN LAH DAYA INGATANKU, BERIKANLAH AKU KECERDIKAN, 
SESUNGGUHNYA MEMPERMUDAHKAN KERJA YANG SUSAH AMAT LAH MUDAH BAGI MU YA ALLAH, AMIN ..

p/s: perlu kuatkan benteng pertahanan. buat yang terbaek tuk paper sterusnye..

Sunday, April 10, 2011

demam final exam da tibe !!!!!!!!!!!

Berudband 2,3 ary nie terok betol la. Tapi nasib baek tahap kesabaran masih kuat. Boleh lagi Blogwalking, Follow sedare sedari yang singgah blog saye dan follow sayer.

Exam da dekat lagi seminggu
kene study hard nie.. 
kan xley jawab dlm dewan t susah susah..
image from google

saya nie da semester last, 
jadi perlu buat yang terbaek untuk diri dan family
nanti boleh grad ngan baek, xde sangkut sangkut.

seminggu dari skang : :
  • highways maintenance
  • water supply and waste water engineering
  • theory of structures
  • construction management
  • foundation engineering
  • hydrology



P/S : kepada incik hafidzie yang berada di uitm pulau pinang .. mai la kite berusha tuk dapatkan segulung diploma nie yep.. dan kepda sesiapa yang akn berdepan ngn final exam.. jom2 study jom. CHAYOK2!! 

kite jumpe lepas exam t ..
chow dulu belog cayunk .. jage diri leklok tau 

Thursday, April 7, 2011

sambil menyelam minum air terus

Semalam mungkin yang terakhir kot ngan dak DKA62. Kali nie kiteorang pegi lawat site. Penyelia kami C.Tina yang beriya2 nak bawak kami pegi site. C. tina ajar kiteorang subjek Pengurusan Pembinaan. Site pon xde la jao sangat dekat je kat tapak projek membina UITM di Bukit Besi. Tasek Puteri salah sebuah perkampungan di daerah Dungun Terengganu. Ambik masa dalam 1jam jugak tuk sampai sane dari Bandar Dungun. Kami bertolak kesana jam 9.15 pagi . Sampailam pukul 10.00 pagi gak la. Sampai tu terus masuk bilik meeting.  Kiteorang dijemput kebilik meeting. Wakil penguasa kat citu bagi briefing  sal projek pembinaan uitm kat citu.

Dalam pukul 11.00 pagi kiteorang pegi lawat site. ‘Letih’. Yelah camne xletih setiap bangunan kat citu kiteorang pegi. Sampai hujung bangunan asrama. Time tuh rase nak merangkak je nek atas. Name tempat da Bukit kat depan. Tentulah tempat tu berbukit kan. Ade satu bangunan tu dibuat cam bentuk penyu. Terselit la design negeri Terengganu citu. Biler da abes semua berlumbe lumbe nak nek bas. Tapak projek kat mane2 tempat  memang panas yela tak de pokok cmne tak panas.

Keletihan terubat lak sket bile pakcik driver bas baek hati kasi kiteorang pegi ambek angin kat Tasek Puteri tu. Duduk jela lepak kat tangga ngadap tasek sambil merenung nasib. Time tuh ad uncle uncle bomba ngah buat latihan kat citu. Ad boat, kayak n jetski. C.Tina memang bagus, dye taknak student balik ngn tak de memory. Cik pegi tanye sorang uncle tu boleh bawak kiteorang round round tak keliling tasek tu.  Nasib uncle tu sporting suh ank2 buah dye tolong bawak. Tapi yang menarik yang saya dengar dari Uncle tu cakap kat tengah tengah tasek tu lam 15m dalam tasek tu ad perkampungan tau dulu. Bukit besi dulu tempat lombong bijih timah. So no wonder la ader perkampungan kat citu. pakcik tu cakap ader lagi kubur kat bawah tu. jom ramai ramai kiter pergi scuba kat bawah nak. heee




IM HAPPY WITH DKA6S2.. Nie mungkin pertemuan terakhir kite sekelas. Da abeskan mase 3tahun bersama. Sama sama nek tangga nak dapat segulung diploma. Alamak ayat sedey lak. Tapi nak berpisah ngan kawan kawan kan memang sedey.

JOM HAVE FUN WITH THE PICTURE

time nie dengar taklimat oleh EN.Zulkipli
haa nik cik tina dan cik xingat namenyer .. hee

semangat dengar taklimat dari arkitek.

semangat sy tiup tudung .. hee

agak agak boley jadi model tak???
nie la kawasan tasik puteri tu

mangsa mangsa banjir

ngah tunggu turn nak nek bot nie. c.tina pon smangat

thanks kepada yg tolong amek gambar nie.. :)
zeman ko memang terbaek r..

p/s: Exam final lagik seminggu nie. So kene rajin rajin la study. Result kali nie tentukan samaada ley grad atu tak. Doakan saya yep.

Tuesday, April 5, 2011

Berjimba bersama dak dka6s2

Da lame gak xupdate blog nie. Skarang buzy la sket. Dua minggu lagi da nak final da.Tup tap tup tap sedar tak sedar da 3 taon da saya duk kat PSMZA nie. Da nak abes da. InsyaALLAH lau pass  exam nie saya akan dapat la segulung diploma. ALHAMDULILLAH mintak2 dapat la yep. Heee.

Haaa hari nie saya ad aktiviti tau. Dak kelas buat jamuan perpisahan kami. baru jep minggu lepas our PA(Penasihat AKADEMIK) yang rancang tup2 ary ni da jadi da. Tapi aper yang boleh saya cakp everything is best. Saya suke hari n akan kenang sampai bile2. Coz it my first time. 2taon lepas da buat da. Tapi saya tak dapat sebok nak g dating ngan mr.avatar. time tu lak dye baru blik dari peneng so aper lagik. Cepat2 amek peluang la. So tak terpegi la.

Aper yang bez arynie sporthing gak dak2 kelas saya nie erk.Coz tadi ader men2 tkar hadiah n men kotak beracun. Saya kene denda wat gaya watak k.limah lam citer hantu k.limah nyanyi lagu injit injit semut. Hadoiiii tak per la da last kan. Buat gak la. Tapi ader lagi yang teruk dari saya tau. Yang kene pelok pokok say I LOVE YOU kat pokok. Yang kene tiru gaya Ketua Jabatan lah. Tiru gaya cik garang kami Cik FarahWahida. Pn. Du memang porting r bab kate org ganu.



Gambar tak dan nak kutip lagi. Nanti da sampai stock saya upload. Saya xde kamera. Pakai henset pon cap ayam. heeee. Malang betoi nasib nie.

Gamba da buleh upload da
haa nie Pn.Duliana n ketua kelas
akram name dye. 
yang nie lak penolong kelas
hasmiah namenyer.
penolong xboleh harap
nie ourchairman dye la yang uruskan semua
name dye yusri. yg sblah dye aten
nie cameraman kami azman name nyer
bile da giler gambo gini la jadi nyer.
suker sangat dapat hadiah.
sebelah kiri nie pelakon citer Merong Mahawangsa :)


chow dulu 
P/S: esok nak p Bukit Besi lak..hehehe

Friday, April 1, 2011

Sharing IS GooD


Semalam ade kwn FB sy yang kongsikan aper yg bagus tuk amalan harian kiter. Tak nak cakap banyak la. haa jom kiter bace jom .
 SELAMAT BERAMAL
10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN Telah bersabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya.” (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

“Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
Al-Waqi’ah pada setiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

5. SURAH AL-KHAUTHAR Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.”
Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.”
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.”

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.”

10. SURAH AN-NAS Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W